Selasa, 17 Mac 2009

untuk peringatan hati

Cinta tak mudah.
Kadang indah.
Kadang sampah.

Yang penting, kita harus tahu apa yang kita mahu. Cinta melibatkan dua jiwa. Satu jiwa putus, kedua-dua jiwa hancur lupus. Cinta bukan setakat berkongsi kasih sayang. Cinta harus dikongsi segala yang ada bersama.

Satu pihak kurang jujur, satu pihak mula bingung. Satu pihak kurang percaya, satu pihak mula mencerca. Dan begitulah seterusnya. Aku ini tidak lah arif benar dalam perihal cinta. Cuma apa yang aku pernah aku lalui dahului aku kongsikan bersama.

Kalau kita sudah rasa tidak boleh teruskan lagi sesuatu hubungan, tidak perlu kita menunggu pasangan untuk membuat keputusan. Ia terserah kepada kita samaada mahu terus hidup dalam dunia yang tidak menyenangkan itu kerana sayang, atau kamu mulakan hidup baru dan lepaskan dia kerana sayang.

Dua perkara itu berbeda.

Kita sayang pasangan kita, tapi rutin harian adalah tidak bersefahaman. Hubungan belum lagi ke tahap serius, fikirkan secara dalam. Untuk masa akan datang, dan kebahagiaan yang bakal kamu julang. Fikirkan tentang diri kamu juga. Mahu menatang tangis sampai lama mana? Sedangkan tidak layak kamu berada dalam kotak tangis.

Betul.
Sebab sayang, kamu berat mahu lepaskan.

Tapikan lebih baik kalau kamu lepaskan dia yang kamu sayang sebab kamu tidak mahu terus sengsara? Mulakan yang baru. Kehidupan, kerjaya, kawan-kawan dan lelaki (setelah bersedia) yang baru. Hidup kita masih panjang. Jangan hamba pada cinta yang belum tentu bila ajalnya datang. Hidup dengan apa kamu ada sekarang. Sebelum semua lenyap hilang.

Kadang-kadang orang tak bercerita dengan aku pun, aku tahu pasangan itu menjalinkan hubungan tak sihat. Jadi saranan aku, fikirkanlah tentang masa depan kamu dahulu. Mungkin bukan sekarang Tuhan jodohkan kamu.

Ini soal jodoh.
Bukan kerja kita.

Tiada ulasan: