Selasa, 8 Disember 2009

bukan taksub,cuma mengikut hukum Tuhan

Tekanan kemiskinan

Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Akibat kemiskinan hidup, dia dan enam anak terputus bekalan makanan selama lima hari. Suaminya menagih dadah, malah lebih memeritkan nenek yang menjadi tempat bergantung meninggal dunia.

Berdasarkan faktor itu, Bahasniza Abu Bakar, 36, hilang pertimbangan apabila anaknya berusia 10 bulan tidak berhenti menangis walaupun diberi minum teh kerana kehabisan susu, mengambil bantal kecil lalu menekup mulut bayi itu sehingga mati kelemasan sebelum mencampakkan mayatnya ke dalam tali air berhampiran rumah.

Ini antara hujah dikemukakan pihak pembelaan dalam rayuan kes wanita itu yang dituduh menyebabkan kematian anak bongsunya berusia 10 bulan di Mahkamah Tinggi, semalam.

Bahasniza didakwa menyebabkan kematian bayinya, Mohamad Asyraf Noor Aswadi di rumahnya di Kampung Kubang Berulat, Gunong, Bachok pada 7 Julai lalu.

Bahasniza mengaku bersalah dijatuh hukuman penjara 10 tahun dan diarah menjalani hukuman bermula dari tarikh ditangkap pada 7 Julai 2007.

Tertuduh diwakili peguambela Firdaus Mohd Yusof kelihatan tenang ketika Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Hussain menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Azimah Yaacob.

Berdasarkan fakta kes, pada kira-kira jam 12.30 tengah malam hingga 3 pagi, tertuduh tersedar daripada tidur apabila anak bongsunya menangis lalu pergi ke dapur membancuh susu.

Apabila menyedari susu sudah habis, dia membancuh teh dan memasukkan ke dalam botol susu lalu diberikan kepada anaknya.

Walaupun diberi minum teh, anaknya tetap menangis menyebabkan tertuduh berasa tertekan lalu mengambil bantal kecil alas kepala anaknya sebelum menutup mulut bayi itu.

Tertuduh mendapati anaknya berhenti menangis keluar dari rumah melalui pintu belakang dan mencampakkannya ke dalam tali air kira-kira 100 meter dari rumah.

Dia membuat laporan di Balai Polis Gunong memaklumkan anaknya hilang tanpa disedari mayat bayi itu ditemui terapung dan terlungkup dalam tali air terbabit.

Dalam prosiding semalam, Firdaus memohon mahkamah mengenakan hukuman lebih ringan dengan membentangkan 20 hujah rayuan termasuk laporan perubatan tertuduh yang disahkan mengalami sakit jiwa oleh Hospital Permai, Johor.

“Kami yakin ini disebabkan masalah hidup dialami yang memberi tekanan dan kesan mendalam kepada tertuduh. Selain itu, suami tertuduh turut menyebabkan tekanan apabila terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

“Tertuduh dijaga sejak kecil oleh neneknya diibaratkan seperti ‘sudah jatuh, ditimpa tangga’ apabila neneknya meninggal dunia menyebabkannya hilang tempat bergantung.

“Malah, lima hari sebelum kejadian, tertuduh dan anak-anaknya terputus bekalan makanan akibat hidup miskin,” katanya.

Hujah itu bagaimanapun dibantah Wan Azimah yang menegaskan tertuduh perlu dikenakan hukuman berat sebagai pengajaran selain jenayah dilakukan membabitkan anaknya sendiri.

ini ulasan aku

hmmm..jika mereka sedar kemiskinan menyebabkan mereka berlapar,jgn la biarkan anak mereka berlapar.ape salahnya mereka yg miskin menyusu anak itu sendiri.aku yang ade duit untuk beli makanan ni pon nyusu sendiri sebab:
1. memula aku niat nak bf sebab aku nak kurus.org kate kalau bf kite akan kurus
2.lepas banyak membaca mengenai susu ibu,aku suke untuk menyusu anak aku kerana khasiatnya membuatkan anak aku sehat. ini mengurangkan beban aku mengasuh & menjaga anak.menurut kajian, anak yang mendapat susu ibu sepenuhnya sehingga berusia 2 tahun akan kurang mengalami demam atau sakit lain dek kerana khasiatnye susu ibu.lelain kuasa allah.so far sehingga Adam berusia 4 bulan,die masih belom demam walaupun die kene injection. terel kan?
3.bile aku menyusu sendiri,aku lagi senang nak bergerak.aku takyah pon heret botol,susu segala bagai untuk anak aku.aku cume bawak pampes jek.lain2 semua ade kat aku jek.
4.yang pastinye jika Adam menggunakan formula milk,aku & wawi sangat tak berkemampuan untuk berbelanja utk susu.mao tak cukup gaji ni.so dapatlah adam bermewah pkai pampes huggies & mama makan sedap2.

aku pelik,nape org tak usahakan memberi susu ibu pada anaknye.wehh korang tau tak,ia sangat save bajet.duit susu tu leh wat p shoping baju utk anak yg semakin debab.
kang tak cukup duit beli susu,p kasik minum air teh lak.perot anak xleh terima lagi semua itu!!

aku bukan la seorang yg taksub pada susu ibu tapi aku berusaha utk memberi susu ibu pada anak aku.supaya die lebih ceria & kulitnye gebu.
aku bukan menaip blog utk menunjuk betapa aku taksub pada susu ibu.aku hanya mengikut saranan hukum islam.susuilah anak sehingga berusia 2 tahun. dan air kencing budak lelaki yg menyusu susu ibunya adalah najis kecil.hanya perlu renjiskan air aje.ISLAM sangat memudahkan.
jadi nape nak tolak semua suruhan & cadangan khasiat itu.



lihat,adam ini sgt cergas & debab.kulit sangat gebu & gerammm
jadi mengapa masih confius utk bagi susu ibu pada anak.
JANGAN BAGI TEH OR MILO

Tiada ulasan: