Jumaat, 15 Januari 2010

hamil lagi???

ermmmm........... saya ada satu soalan yg agak pedas/pedih la skit.... kalau ibu dah tau dia preggy then dia ambil ubat turun darah, itu kira membunuh x....


untuk keterangan lanjut:

Melihat kepada perbahasan para fuqaha dapat diringkaskan hukum pengguguran janin dalam Islam terbahagi kepada dua keadaan:

Keadaan pertama:pengguguran janin yang berlaku selepas ditiupkan roh padanya(selepas 120 hari atau 4 bulan).Para fuqaha telah bersepakat bahawa pada ketika ini pengguguran adalah haram(rujuk Fatawa Ibnu Taimiyah jilid 34,m/s160;Hasyiah Ad-Dusuqi jilid 2,m/s 267;Nihayatul Muhtaj jilid 8,m/s 416;al-Furu’ jilid 1,m/s 191;al-Muhalla jilid 11,m/s 29)

1. Ia dianggap melakukan jenayah terhadap makhluk yang hidup,sempurna dan bernyawa.
2. Denda yang dikenakan sekiranya janin itu hidup ketika digugurkan kemudian mati adalah bayaran diat.Bagi janin yang mati ketika gugur dikenakan bayaran ghurrah.
3. Haram pengguguran selepas ditiupkan roh dikuatkan dengan hadis yang diriwayat oleh Ibnu Mas’ud secara marfu’,mafhumnya:

“Bahawa setiap seorang daripada kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari,kemudian jadilah ia segumpal darah seperti yang demikian,kemudian jadilah ia seketul daging seperti yang demikian,kemudian diutuskan malaikat lalu ditiupkan padanya roh“(Rujuk Fathul Bari jilid 11,m/s 477)

Keadaan kedua:pengguguran janin yang berlaku sebelum ditiupkan roh

Pendapat pertama:Boleh melakukan pengguguran janin dalam tempoh 40 hari dari tempoh kehamilan.

1. Kemudian mereka berselisih pada menyatakan keharusan menggugurkan tersebut.Setengah daripada mereka membolehkannya secara keseluruhan seperti sebilangan fuqaha Hanafi,al-Laqhmi daripada Maliki,Abu Ishak al-Marwazi daripada Syafei dan sebahagian Hambali(rujuk Hasyiah Ibnu Abidin jilid 2,m/s 380;Hasyiah ar-Rahuni jilid 3,m/s 264;Nihayatul Muhtaj jilid 8,m/s 416;al-Furu’ jilid 6,m/s 191)Bagi mereka dalam tempoh yang disebutkan tadi kandungan masih lagi tidak bernyawa.
2. Setengah daripada mereka pula meletakkan beberapa syarat dan garis panduan bagi membolehkan kandungan digugurkan.(rujuk Hasyiah Ibnu Abidin jilid 2,m/s 380;Hasyiah ar-Rahuni jilid 3,m/s 264;Nihayatul Muhtaj jilid 8,m/s 416;al-Furu’ jilid 6,m/s 191).

a. Sekiranya kandungan tersebut dikekalkan akan memberi kemudharatan pada isteri

b. Terputusnya susu dengan sebab hamil lagi(bagi pasangan yang mempunyai anak kecil yang masih menyusu) dan suami tidak berkemampuan untuk mengupah wanita lain untuk menyusukan anaknya.

c. Mesti redha di kedua-dua belah pihak dari hasil perbincangan suami isteri.

d. Mestilah mendapat kepastian dari pakar perubatan yang dipercayai(thiqah) bahawa pengguguran yang akan dilakukan tidak memberi sebarang kemudharatan kepada isteri.

e. Mesti bertujuan untuk menumpukan perhatian penuh kepada tarbiah dan pendidikan anak,kerana sebilangan isteri tidak dapat melakasanakan tanggungjawabnya apabila mengandung.

f. Sesetengah fuqaha memberi kelonggaran kepada kandungan yang terhasil dari zina.

Pendapat kedua:Makruh yang membawa kepada kepada haram menggugurkan janin,pendapat ini dipelopori oleh sebilangan fuqaha Hanafi,Syafie dan Hambali(rujuk Jamie al-Fusulin jilid 2,m/s 354;Fatawa Khaniyah jilid 3,m/s 410;Hasyiah Ibnu Abidin jilid 3,m/s 495;Nihayatul Muhtaj jilid 8,m/s 416;al-Furu’ jilid 1,m/s 281)

Pendapat ketiga:Haram pengguguran secara keseluruhan

1. Mereka berhujah tidak boleh mengeluarkan mani(yang sudah berlaku persenyawaan) yang telah terbentuk di dalam rahim walaupun sebelum tempoh 40 hari,kerana ia akan hidup.Maka hukum baginya adalah seperti yang hidup.
2. Imam Ghazali mengungkapkan haram melakukan pengguguran dalam tempoh ini dengan katanya:Ia adalah jenayah ke atas benda wujud yang akan terjadi,peringkat pertama kewujudannya ialah apabila mani diletak di dalam rahim dan berlaku persenyewaan serta bersedia untuk menerima kehidupannya.Menghalang perkara tersebut beerti jenayah,kerana ia menyekat ia dari terbentuk dengan sempurna.(rujuk Ihya’ Ulumuddin jilid 2,m/s 51)
3. Kata Ibnu Jauzi:Perkara tersebut adalah haram tetapi kurang dosanya berbanding dengan pengguguran yang dilakukan selepas ditiupkan padanya roh(rujuk Ahkam an-Nisa’ m/s 374)

so...fikirkan elok2 sebelum buat ape2 keputusan.. sbb Anak yang Allah kurniakan pasti membawa rezeki kpd ibu bapanya...

terpikir jika ini berlaku pada saye.saya adalah mahu jaga Adam skrang.kasik susu sendiri byk2.nak didik adam sehingga die leh p toilet sendiri.ok then leh ade adik.

Tiada ulasan: