Minuman manis termasuk semua jenis jus buahan, soft drink dan kordial sama aada yang dibekli atau yang dibuat sendiri di rumah adalah tidak diperlukan oleh bayi..sebenarnya.
Ini adalah kerana apabila dijadikan jus kandungannya akan menjadi pekat.
Di bawah beberapa keadaan dipercayai bayi tidak memerlukan minuman tambahan melainkan susu..atau air masak kosong dalam diet seimbangnya
Terlalu banyak minuman berperisa akan membawa kepada kemudaratan seperti kerosakan buah pinggang, kerosakkan gigi dan sebagainya
susu
- Walaupun susu mengandungi laktosa ia tidak dikatogerikan sebagai minuman manis.
- susu adalah penting bagi pembesaran bayi
- Dalam usia bawah 12 bulan susu ibu patut menjadi sumber susu utama bayi
- selepas berusia 1 tahun jika mahu susu lembu segar boleh diperkenalkan..namun adalah lebih baik jika meneruskan penyusuan susu ibu
- Bagi kanak-kanak yang lebih besar air boleh diberi dan susu diberi dengan kadar yang sesuai kerana jika meminum lebih susu kanak-kanak akan hilang selera makan.
- Jadi jika anak anda kurang selera makan mungkin boleh dikaji semula kadar pengambilan susu harian anak anda
- disyorkan 3 gelas susu sehari(gelas ya bukan botol heheheh
Buah segar adalah terbaik
- Buah segar adalah lebih berkhasiat berbanding jus buah.
- Galakkan anak anda makan buah segar.
- Ya la juskan sudah bercampur sedikit air manakal buah segar memang buah semata…
- Dengan memberi anak buahan segar kita juga boleh mengajar anak tentang tektur makanan yang pelbagai.
Terlalu banyak minum minuman berperisa akan menyebabkan beberapa masalah.Antaranya;
- kerosakkan gigi
- hilang selera makan
- picky eater
- masalah membuang air besar
Cadangan untuk Ibubapa;
- Elakkan menjadikan botol sebagai cara menidurkan anak…
- Jangan simpan stok minum berperisa di rumah
- Jangan minum minuman manis-kena bekorban sikit la
- galakkan anak makan buah segar berbanding jus buah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan