Jumaat, 12 Februari 2010

kaedah memperkaya susu badan

Terdapat beberapa sebab yang boleh mengakibatkan para Ibu rungsing kerana susu badan berkurangan.Jangan lah terlalu bimbang kerana ini adalah keadaan biasa yang berlaku dikala tubuh kita mengadaptasi keadaan permintaan yang kian meningkat dari masa kesemasa.Macam juga orang berniaga” perlu ada supply and demand”Itu lah sebabnya Ibu yang tidak menyusu badan tiada supply kerana tiada demandBekalan yang tidak mencukupi disebabkan oleh permintaan yang kian meningkat sewaktu bayi anda memulakan proses tumbesaran.Tubuh kita kini perlu membekal 2 kali ganda daripada biasa,

Susu Ibu akan berkurangan dengan sendirinya jika permintaan berkurangan disebabkan si Ibu telah mula bekerja dan kurang menyusukan bayi atau stress.yang dikira faktor utama yang menyumbang kepada kekurangan susu badan.Ibu yang mengandung mendapati bekalan susu badan juga berkurangan di sebabkan tubuh badan kita megubah haluan untuk member lebih tumpuan kepada janin baru yang mula membesar.Ini berlaku secara automatik….ITU LAH DIA YANG DIKATAKAN KEBESARAN TUHAN

TIPS UNTUK MENAMBAH SUSU BADAN
1.Kurangkan stress-Sentiasa tenang dalam menghadapi kehidupan ini dan cara terbaik tentunya sujud kepada Allh S.W.T

2.Minum lebih banyak air-Tubuh badan yang kekurangan air amat susah untuk membekalkan air(susu Ibu)


3.Urutan-Kerap melakukan urutan ketika sedang mandi atau beberapa kali sehari.

4.Perhatikan diet anda -Elak makanan segera atau minuman berkafein,ia amat tidak sihat untuk Ibu dan bayi.Amalkan lebih banyak buah buahan dan diet sayur sayuran


5.Herba semulajadi- Dapatkan tambahkan supplement herba semulajadi yang dapat membantu menambah susu badan.Satu satunya herba yang telah di iktiraf di peringkat antarabansa adalah halba atau fenugreek.Halba dapat membantu menambah dan melancar susu badan tanpa sebarang kesan sampingan.

Insyallah jika di izinkan ALLAH S.W.T Mujarab

Tiada ulasan: