Isnin, 1 Mac 2010

sedang mengumpul info

Menyusu Sambil Mengandung

dari seorang ustaz

susu badan tuh utk anak yg dlm perut... bila tanya ustaz, dia kata hukumnya HARUS, sbb yg disusukan jugak anak kita.... memang dia berhak nak dptkan susu bdn dr ibunya...

dari seorang doktor

elakkan / kurangkan bg susu bdn kalu kita ader history melahirkan anak tak cukup bln ataupun bleeding semasa pregnant terdahulu pasal prolaktin untuk keluarkan susu jugak blh merangsang kontraksi uterus...

dari portal MYHEALTH

Saya mempunyai bayi sulung yang berumur 11 bulan yang masih menyusu susu badan dan sekarang saya hamil lagi dengan tempoh kehamilan saya baru 1 bulan.

Soalan saya :

  • Adakah saya patut berhenti menyusu bayi pertama dan menggantikannya dengan susu formula?
  • Adakah timbul kesan buruk atau kesan kepada bayi dalam kandungan jika saya menyusu bayi pertama sehingga hari kelahiran anak kedua?

Jawapan 2

Tahniah saya ucapkan kerana puan berjaya menyusukan bayi sehingga sekarang. Puan tidak perlu berhenti menyusukan anak sulung walaupun sedang hamil anak kedua. Kehamilan tidak terganggu dengan puan meneruskan penyusuan. Puan boleh teruskan penyusuan sehingga kelahiran anak kedua. Malah puan boleh terus menyusukan kedua-dua anak sekali gus selepas kelahiran bayi kedua.

Puan perlu menjaga pemakanan puan kerana tubuh puan memerlukan banyak zat untuk menampung penghasilan susu dan juga perkembangan janin. Pastikan puan mendapat makanan seimbang dan lebihkan makanan seperti ayam, daging, ikan, bijirin seperti nasi, sayur dan buah serta minum lebih susu.


dari sebuah hadis

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)”
(HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).
Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud;
(maksud pertama;)
mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui).
(Maksud kedua;)
seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya.

Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya”
(Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)


jadi perlukah aku hentikan menyusu Adam?berikan die susu formula?adohh,rasa jaoh dari Adam kalu tak menyusukan die.

1 ulasan:

Marci Dhawi berkata...

ainiey... akak ipar aku, anim... dia susukan maia masa dia pregnantkan mia.... n till now, dia still susukan maia & mia.... cuma ko kena jaga pemakanan... n kalo tak cukup susu, adam kena campur2 ngn susu formula takut dia lapar pulak.... =P