aku emo ke?aku agak emo dgn pasangan yg gigih nak melahirkan anak tp mereka tidak bersungguh menjaga anak.ye,semua pasangan yg kawen nakkan zuriat rezeki dari tuhan tu.mereka seperti bersungguh dari mula mengandung.jaga tido,jaga makan,jaga kelakuan dan semuanya.
TAPI
bila anak dilahirkan dah abes tempoh jaga tu.
anak soh mak bapak jaga & diorg syiok p ronda,jalan2 laki bini..
sibuk p shoping baju & gadget utk anak tp tak luangkan masa jaga anak pon..
lebih rela susukan anak dgn susu FM sebab susu ibu takde.
masalah bermula seawal mereka mengandung.tengok misi..dari awal dah cakap,
oh taknak fully BF la,nak campur susu..
gitukan tindakan wajib bagi seorg ibu yang tahu peritnye mengandung & melahirkan.
korang boleh shoping beribu RM untuk menanti kelahiran zuriat tp nak susukan 1-2hour sudah mula berplan untuk ngelat.demm kan.
aku teros tak hepi dengan parent begitu..
alah,alhamdullilah aa baby kite dpt BF 2bulan jek walaupun tak lama.
hmmm..apela salah anak itu kan,teros dibuat catuan oleh ibubapanya.
aku penah terpikir nak hentikan susu ibu pada Adam ketika aku sedang mengandung
TAPI
setelah aku pikir sedalamnya...BF Adam masih belum timbulkan kemudaratan pada aku & kandungan maka aku teroskan.aku juga sudah mencari ibu susuan juga untuk Adam jika stok susu aku critical..alhamdullilah ALLAH izinkan.hasil tenusuan aku bertambah.aku gigih untuk Adam.yang aku pikirkan masa menyusu adalah waktu terbaik aku mendidik Adam.ubun die dicium disertakan beberapa surah ayat lazim & aku akan pesan supaya anak itu cepat membesar & boleh berdikari.kadang2 mata sepet Adam memandang muka aku dgn bulatnye.semua pesanan aku buat semasa menyusu.itu adalah quality time aku bersama Adam.
JIKA
aku sudah tidak menyusu Adam,bilakan quality time itu??
adam yang sudah mula memanjat sofa & berjalan pegang dinding..
akan tido bila mengantok.tiada masa untuk memeluk rapat anak itu.
semoga usaha aku buat untuk semua anak2 aku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan