Rabu, 28 April 2010

cara susu ibu terhasil

Bagaimana proses pengeluaran susu berlaku?

Terdapat dua proses pengeluaran iaitu :

- proses penghasilan

- prose pengaliran

Bagaimana susu dihasilkan ?

Bagaimana susu mula mengalir ?

· Apabila bayi menyusu, saraf dalam puting akan diransangkan dan merubah isyarat ke otak

· Hormon prolaktin dikeluarkan ke dalam aliran darah dari bahagian kilang pituitari

· Hormon prolaktin akan menyebabkan sel alveoli mengembang dan menghasilkan susu

Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak hormon dikeluarkan dan semakin banyak susu terhasil !

· Urat saraf dalam putting akan diransang apabila bayi menyusu dan memberi isyarat ke otak

· Oksitosin dikeluarkan ke dalam aliran darah dari bahagian belakang kilang pituitari

· Hormon oksitosin menyebabkan otot-otot disekeliling payudara mengecut dan mengalirkan susu ke putting dan dihisap keluar oleh bayi

Walau bagaimanapun, proses yang mudah lagi semulajadi ini tidak akan berjaya sekiranya anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu dan mengalami tekanan.

Jadi, sentiasalah berfikiran positif!!

Tiada ulasan: