Jumaat, 16 April 2010

persedian anak ke tandas

Sebelum Mulakan Latihan ke Tandas

Sebelum sesi latihan ke tandas dimulakan... anda boleh mula panaskan badan anak anda dulu... taklah member terkujatkan.... Sesi pengenalan ini boleh anda lakukan sebelum anak menunjukkan tanda bersedia ke tandas lagi.

  • Terangkan tentang fungsi asas badan (dan tandas!)... Masa salin lampinnya, katakan... "Bila adik makan, badan ambil sikit makanan tu, lebihnya kena buang... jadi yak atau kencing. Macam sampah..."
  • Biar dia lihat anda buang air di tandas. Tutup yang perlu ditutup. Katakan... "Mama yak atas ni... kakak yak atas tu" (tunjuk potty dia.)
  • Bila dia buang air besar dalam lampin, bawa dia ke tandas... tunjukkan anda buang najis dia ke dalam lubang tandas... katakan... "Ni tempat buang yak kakak..." Biar dia tahu, lampin bukan tempat najis, tempat najis adalah lubang tandas..
  • {mosimage}Lakonkan adegan anak patungnya atau apa-apa patung binatang gunakan potty... Mungkin sambil tu anda boleh nyanyikan lagu khas.. tak perlu lirik yang puitis atau berima, cukup sekadar lirik ciptaan ibu sendiri yang entah apa-apa, janji anak anda suka (alah dia mesti suka punya! kan..). Biar dia tengok potty tu rileks dan menyeronokkan..
  • Latih anak duduk atas potty... Seelok-eloknya pagi-pagi sebelum dia mandi, atau sebelum dia tidur, minta dia duduk di pottynya... tapi jangan lah harap terus dia nak... sekurang-kurangnya bila tiba masa latihan betul nanti tak lah jenuh sangat kita nak menyuruh dia duduk atas potty....

Ops! Terlepas!

Hari-hari awal anak anda tanpa lampin, pastinya kerap berlaku 'accident'. Hal ini biasanya terjadi ketika anak anda leka bermain atau terlupa yang dia perlu mengosongkan pundi kencingnya... Kadang-kadang, baru je dia cakap dia nak 'uk uk' atau 'cing', terus je meleleh... Ketahui apa yang boleh dan tidak boleh anda lakukan ketika itu....

Untuk Mengelakkan 'Accident'

  • Minta anak anda kosongkan sepenuhnya pundi kencingnya semasa membuang air. Pujuk supaya dia dapat duduk lebih lama sikit di atas potty nya.
  • Ingatkan anak anda tentang qada hajatnya terutamanya ketika dia bermain.
  • Bawa anak anda ke tandas tanpa dimintanya ketika waktu-waktu yang biasanya dia terkencing seperti selepas bangun tidur.
Boleh
  • Sembunyikan kekecewaan anda.{mosimage}
  • Gunakan nada suara yang biasa untuk memberitahu dia yang anda tahu dia tak sengaja terlepas. "Adik kencing atas lantai.. tak pe.. jom tolong ummi bersihkan ya.."
  • Beri kata dorongan. "Nanti nak kencing, adik cakap dengan ummi ye..."
  • Jika dia buang air besar, ambil najisnya dan masukkan ke dalam mangkuk/lubang tandas supaya dia tahu di mana tempat sepatutnya najis berada.
Jangan
  • Membuatkan anak anda rasa malu.
  • Memberi amaran untuk memakaikannya dengan lampinnya semula.
  • Berhenti untuk meneruskan latihan potty

Panduan untuk Ibu Bekerja

Anda bekerja? Cuti anda hanya pada hujung minggu? Babysitter atau taska tak mahu beri kerjasama untuk melatih anak anda ke tandas? Jika ya.. teruskan baca….
Sediakan anak anda untuk latihan ke tandas beberapa hari/minggu sebelum tarikh yang anda pilih.

  • Pastikan anak anda sudah bersedia. Semak tanda-tanda pada artikel "Tanda-tanda Anak Anda Sudah Bersedia"
  • Belajar tanda-tanda dia ingin membuang sebelum hari anda mulakan latihan lagi. Mungkin dia akan meneran, termenung tiba-tiba atau pergi ke sudut-sudut tertentu di rumah.
  • Pilih masa yang anda lebih lapang, ketika anda sihat dan kurang stress.
  • Jangan ke mana-mana, duduk rumah. Jika perlu, ambil sehari dua tambahan cuti.
  • Sediakan mop, jangan lupa. Gulung karpet kesukaan anda.
  • Pakaikan anak seluar yang mudah ditanggalkan. Jangan pakaikan lampin.
  • Beri dia banyak cecair. Tak kiralah, air biasa, susu, jus atau sup. Banyak masuk, banyak buang. Banyak buang, banyak kali berlatih. Nampak mudahkan?
  • Suruh atau bawa dia ke tandas setiap setengah jam ke 45 minit.
  • Perhatikan anak anda. Anda mungkin dapat melihat tanda-tanda dia ingin membuang. Terus bawa, jangan tanya.
  • Lihat lampinnya setiap 15 minit. Jika lampinnya kering, puji dia.
  • Beri hadiah. Anda boleh membuat carta di kadbod, dan gunakan pelekat bintang untuk setiap kali lampinnya kering ketika anda check. Beri dia hadiah yang anda janjikan jika dia dapat sebaris bintang. Beri terus, jangan tunggu.
  • Puji, peluk atau berikan bintang besar jika anak anda pergi sendiri ke tandas tanpa disuruh.
  • Jangan marah kalau dia terlepas. Rujuk artikel “Ops Terlepas” .
Jika tak berjaya, cuba lagi minggu hadapan atau minggu-minggu seterusnya.

Semoga berjaya dan tersenyum girang.. :)

Tiada ulasan: