Rabu, 14 April 2010

selamat menyusu semasa mengandung??

dipetik dari http://susu-terbaik.blogspot.com/

Ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka berasa ragu-ragu hendak meneruskan penyusuan setelah mendapati mereka mengandung. Walau pun sebenarnya ramai pakar laktasi berpendapat kebanyakan ibu tidak bermasalah untuk meneruskan penyusuan ketika mengandung, namun begitu masih ramai lagi yang bertindak menghentikan penyusuan.


Dalam usia kandungan mencecah 28 minggu, saya masih lagi menyusukan anak saya. Bagaimana pun, disebabkan masalah kekurangan susu yang amat teruk saya terpaksa memberikan susu formula, susu soya (kotak) dan juga susu segar kepada anak saya yang berumur satu tahun setengah. Setakat ini, selain dari masalah keletihan dan kesakitan pada puting, saya tidak menghadapi sebarang masalah serius dengan kandungan saya. Malah, doktor juga membenarkan saya meneruskan penyusuan selagi saya mampu.

Terdapat banyak pendapat tentang perlunya menghentikan penyusuan ketika mengandung, tetapi tidak semuanya tepat.

(1) Hisapan bayi akan menyebabkan pengecutan pada rahim dan boleh menyebabkan kelahiran pra-matang pada kandungan - Hisapan bayi akan merembeskan hormon prolaktin yang menyebabkan contraction, keadaan yang sama berlaku ketika melakukan hubungan antara suami isteri. Kebanyakan pakar berpendapat, kadar hormon yang dirembeskan tidak cukup untuk menyebabkan kelahiran pada bayi yang sedang dikandung oleh ibu tersebut.

(2) Bayi dalam kandungan akan mengalami masalah kekurangan nutrisi - Badan manusia telah diciptakan dengan cukup sempurna di mana ia mampu membahagikan nutrisi seimbang kepada bayi dalam kandungan untuk membesar dan menghasilkan nutrisi yang cukup untuk bayi yang sedang menyusu. Bagaimana pun, dalam kebanyakan kes, hormon yang dirembeskan ketika mengandung akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan susu. Oleh kerana itu, bayi yang lebih dewasa perlu nutrisi tambahan dari makanan atau pun susu formula bagi menampung keperluan nutrien bagi tumbesaran mereka.

Menyusukan bayi sewaktu mengandung secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ibu, bayi yang lebih tua dan juga bayi di dalam kandungannya. Secara peribadinya, saya mendapati anak saya dapat memahami bahawa dia bakal menjadi abang dengan melihat perubahan fizikal saya dan dalam masa yang sama dia menunjukkan kasih sayang kepada bayi dalam kandungan saya dengan mencium dan juga memeluk perut saya. Walau bagaimana pun, sekiranya anda masih berasa ragu-ragu untuk meneruskan penyusuan ketika mengandung dapatkan nasihat pakar sebelum membuat sebarang keputusan.

hmm..aku pon admit yang susu berkurangan sehingga terpaksa memberi susu soya pada Adam.tapi aku teruskan penyusuan pada Adam.aku masih bercakap dgn wawi jika susu banyak sehingga melahirkan baby,Adam akan diberi susu ibu seperti biasa.wawi setuju.tq

Tiada ulasan: