artikel dari Speach & Language Therapist
Bila bercakap tentang kalsium, perkara pertama yang terlintas di kepala adalah susu. Sejak dahulu kita sering didedahkan bahawa SUSU= KALSIUM sehinggakan kita berpendapat, kalau tak minum susu, tulang akan reput.
Sejak kebelakangan ini kita didedahkan dengan beberapa isu berkaitan susu. Susu tercemar, susu dengan MSG, susu dengan bahan karsinogen dan macam-macam lagi, jadi bagaimana untuk kita mendapat kalsium yang mencukupi?
Begitu juga dengan bayi, kita hanya menganggap susu akan membantu proses tumbesaran anak-anak kita. Manakala syarikat pengeluar susu pula berlumba-lumba untuk mempromosi susu keluaran mereka mengandungi lebih banyak kalsium.
Sebenarnya kalsium boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan lain. Antara yang kaya dengan sumber kalsium adalah keju, ikan sardin, tofu, ikan bilis, badam, coklat,bayam, roti dan brokoli.
Ramai ibu yang bimbang anak tidak mahu minum susu. Tidak mengapa, berikan mereka makanan yang kaya kalsium seperti di atas.
Bagi wanita hamil dan menyusu, mereka memerlukan lebih kalsium dalam badan. Maka pertimbangkan jenis-jenis makanan di atas. Maka boleh pelbagaikan makanan seperti sayur bayam dicampur bilis, roti dimakan bersama keju, coklat badam, gunakan ikan sardin untuk dibuat kari, guilai dan lain-lain. Tidak semestinya anda mengambil susu khas untuk ibu hamil dan menyusu badan ;-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan