Selasa, 25 Januari 2011

Saling Mengingatkan

jumpe di http://idazuan.blogspot.com
suke entry ni utk dikongsi.

paste ek

Sudah lama saya ingin menulis sesuatu tentang FB, tetapi tidak terlaksana. Dan di pagi Jumaat yang mulia ini, saya terpanggil untuk mencoret sesuatu berkaitannya.

FB! FB! FB!


Itulah yang menjadi ‘kegilaan’ semua buat masa ini. Tidak mengira peringkat umur, setiap orang sebolehnya mahu ada akaun FB.

Pernahkah anda terdengar bahawa banyak kes penceraian berlaku disebabkan oleh FB?

Menurut maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.

“Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.

… Kita kalau nak main Facebook, kalau dengan niat yang salah memang boleh meruntuhkan rumahtangga. Mula-mula join Facebook, pastu cari balik awek-awek lama, yang si isteri pulak, cari balik pakwe lama. Nak tengok perkembangan terkini kononnya.

Tapi dalam secara tak sengaja, boleh minumbulkan kembali nostalgia.Kena pulak dengan hubungan suami isteri tengah tegang, akibat tidak puas dan sebagainya, mula la jadikan pakwe/makwe lama jadi tempat mengadu. Akhirnya, maruah tergadai, anak-anak terbiar, dan cerai.”
Namun inilah realiti yang benar-benar berlaku dalam kalangan orang sekeliling saya. Lebih-lebih lagi jika rumah tangga memang dalam keadaan genting, Mulalah menampakkan pakwe/makwe lama lebih caring. Dan mereka mulalah mencari kesalahan suami/isteri masing-masing.

“Mengong”

“Penampar nak?”

Lagi satu, status. Janganlah menaip status tergantung khususnya berkaitan rumah tangga yang boleh menimbulkan spekulasi seterusnya fitnah. Dari sekecil zarah, terus membesar seperti gajah. Dari yang tak tahu terus tersebar satu dunia. Kang lagi haru.

Yang ni juga saya nak tekankan. Komen. Janganlah kita khususnya para isteri meninggalkan komen yang bersifat “manja-manja” atau lebih tepatnya “gedik” di wall lelaki lain selain daripada suami anda! Walaupun anda dan lelaki tersebut adalah bestfriend atau apa saja istilah “friend” nya. Mungkin pada anda tidak menjadi apa-apa kesalahan, namun pada orang lain yang membacanya.

Fikir-fikirkanlah :)

Saya menulis entri ini bukan ditujukan kepada sesiapa, tetapi sebagai peringatan pada diri sendiri juga peringatan kepada para isteri khususnya /suami di luar sana supaya menjaga etika dan adab serta tahu batas-batas ketika asyik dalam dunia FB. Belajarlah untuk menerima segala kebaikan dan keburukan suami/isteri masing-masing. Kalau tak puas hati bincang face to face ok? Jangan nak luahkan pada orang yang tak berkaitan. Banyak hati yang perlu dijaga dan banyak mata yang membaca dan melihatnya.


Sekian, renung-renungkan
setuju dgn teknology laman sosial skrang.pihak yg berkapel harus menjaga susila dgn komen tak sentapkan jiwa orang sekeliling.harus ingatkan diri dgn adanya pasangan sendiri.
banyak gak kisah ahli keluarga & rakan rapat sendiri gaduh,cerai berpunca dari laman sosial ni.aku sendiri ade gak amek tindakan mengelak terbaca/membaca/belek page suami sendiri.takmau menkecikkan hati sendiri atau nak emo tak pasal.lain2 semua atas kepercayaan orang yg pandai makan & pandai simpan sendiri kan wawi.erkkk

tq renungan

2 ulasan:

Fiza_Pja berkata...

aku setuju juga dgn fakta2 yg dikeluarkan tu..
eh, tetiba ko petik wawi ek.. heee

ainiyah berkata...

kawan,
kire pakej la.ingatkan suami sendiri.kang org kate dok pesan org lain,asben sendiri tah mcmne.gitu la.