Jumaat, 18 Mac 2011

Tabiat Menghisap Jari

Bayi dari umur 0-10 bulan yang menghisap jari adalah sangat normal. Biasanya tabiat ini akan hilang sedikit demi sedikit (depends on that child). Kanak-kanak yang suka menghisap jari adalah disebabkan kanak-kanak itu berasa dirinya tidak selamat (not secure). Sama juga kalau kanak-kanak itu mempunyai bantal busuk/ kain. Dengan menghisap jari, bantal busuk atau kain di sisi, kanak-kanak tersebut rasa tenang dan selamat. Tetapi jika kanak-kanak yang berumur 4 tahun masih menghisap jari, hal ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

  • Ada sesetengah ibubapa yang suka memberi puting kepada anak-anak mereka (walaupun puting banyak memberi kuburukan dari kebaikan). Yes! Tidak salah memberi puting kepada bayi/ kanak-kanak kerana dengan menghisap puting boleh menenangkan emosi bayi/ kanak-kanak tersebut. Tetapi sebaiknya ibubapa harus memberhentikan sedikit demi sedikit tabiat memberi puting kepada anak mereka apabila kanak-kanak itu berumur sehingga 2 tahun. Jika tidak, ia agak sukar untuk memberhentikan tabiat kanak-kanak menghisap jari.

Pada pendapat saya, cara untuk mengelakkan kanak-kanak menghisap jari adalah dengan memberi perhatian kepada kanak-kanak tersebut. Let me explain more. Bukan dengan hanya bercakap atau berinteraksi dengan kanak-kanak. Mereka perlukan belaian, pelukan dan usapan dari ibubapa atau penjaga mereka.. Jangan memberi amaran seperti “jangan menghisap jari” kerana tindakan ini boleh menyebabkan kanak-kanak itu tetap ingin hisap jari lagi. So, what you can do is: when you see your child is sucking his/her thumb, you just ask: “boleh tak mama pegang tangan amin? or cantik nya tangan amin, boleh tak mama tengok?” (dengan mengusap tangan kanak-kanak yang menghisap jari itu) – ikut kreativiti masing-masing untuk mengelakkan kanak-kanak itu menghisap jari. Dengan memberi belaian kasih sayang, insyaallah tabiat menghisap jari itu hilang sedikit demi sedikit.

  • Satu lagi faktor adalah disebabkan kanak-kanak itu sendiri. Mungkin kanak-kanak itu mempunyai emosi yang tinggi (too emosional) –disebabkan oleh keturunan. Atau ada persekitaran yang menyebabkan dirinya rasa tidak selamat. You have to figure out by yourself. Selidik tentang dunia persekitaran anak-anak anda iaitu di rumah-keluarga, di taska-kawan & cikgu, dan sebagainya.
You can also add your opinion here. Many thanks & selamat mencuba.

jumpe di http://reeneeraaid.blogspot.com
client saye yg bekerja dgn PERMATA for her Master Thesis

Tiada ulasan: