http://yuitsumuni.com,
http://ratuhati.com/forum/

tandem nursing ialah menyusui 2org anak dalam masa yang sama.mcm ibu yg lahirkan anak kembar.tapi dalam kes aku,aku susukan anak yg gap 1thn 2bln.
aku mula tandem nursing sejak aku disahkan pregnant Adra 3bulan.before tu tatau pon pregnent.aku mula stop pump session dan Adam diberi FM.ape perasaan bg FM kat anak?taknak cite.hanya yg pernah berbuat demikian je tau perasaan kan?takyah la cite FM Adam kan.
mula series aku tandem nursing banyak sgt FB msg,sms & email tak lupa gak mulut orang smpaikan pesanan yang menyusu & pregnent adalah salah.itu gak salah satu janji kat Adam,die kene breastfeed sehingga 2tahun.penat?sangat penat.aku penah menyusu & meriba Adam dalam perjalanan Melaka - KL.oiii,die xmau dok atas carseat.perot aku dah lebor masa tu.Dan setiap kali menyusu Adam sure aku inform yang die sedang berkongsi dgn adik die.berkongsi mama,kongsi abah dan juga kongsi milk mama.Mata Adam bulat je renung aku masa tu.die taktau ape lg.
sehingga aku lahirkan Adra,Adra lahir jam 10.20am secara normal & sangat mudah.aku tak sakit lame pon.kami hantar Adam ke rumah pengasuh 9am sbb aku nak ke hospital dan mlm tu Adam bg signal demam panas.tp kami sempat p open house.28syawal.selepas check up & inject Adra jam 2pm Dr offer aku balik rumah.supprise!aku leh jumpe Adam selepas deliver.Adam wat tatau kat Adik die.die hanya nak milk mama.Mula episod menyusu 2org anak serentak.
Harini dah genap 6bulan aku tandem nursing 2org anak aku & aku sangat terima kasih kat Adam sebab die susu aku banyak.Adra tak kene jaundies sbb die kerap nyusu.susu meriah.aku mula buat stok seawal mungkin.mmg tak sempat nak rasa bengkak susu.Walaupun banyak jugak isu kate nanti Adra tak kenyang bile susu dihabiskan Adam,dah tengok Adra ke?Adra lg debab dr Adam.so susu sangat cukup.meh tgk stok susu aku,aku ade 1org anak susuan pon.dengan maksud susu aku mencukupi.Amin.Dan sempena genap 6bulan diorg berkongsi aku mula nampak perubahan Adam.die buleh share mainan dgn Adra.WOW! die bg mainan & buku kat Adik.ajak main same2 walaupon nampak Adam asik nak kongker mainan tu.tp buleh share tu paling bagus kan?terharu aku.rupanya ape yg aku selalu smpaikan berhasil kat ingatan Adam.Alhamdullilah.
aku suke tandem nursing sebab :
1. aku tidokan anak serentak.milk sorang sebelah.1kali selawat.1kali baca fatihah,1kali baca ayat kursi.1kali baca surah alam nasyrah.1kali hembus pada 2kepala.
2. cepat sket leh buat keje.
3. breast saye tak bengkak.tak sempat kot.ade je orang nebeng.
4. sambil nyusu mudah nak sampaikan pesanan kat dedua orang walaupon hanya Adam je menyahut smua pesanan aku.
5.suar jeans mama makin dok longgar ni.leh dapat jeans baru kan kan.
Alhamdullilah, ALLAH izinkan aku menyusu dua cahaya mata.mereka sehat.
Luv u both,
mama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan