Isnin, 24 Oktober 2011

No milk mama lg OK?


Jumaat 21,Oct 2011

Sebelum tido Adam menyusu mcm biasa dan mama terniat nak cuba stopkan bf. Walaupun sambil bf Adam akan ckp..hmm..sedapnye milk mama harini.

Anak, dah membesar 2thn 2bulan 2minggu. Hampir 1thn 2minggu berkongsi susu mama dgn Adra. Die mula faham ape yg kita sampaikan. Cukup paham. Pandai membalas jawapan.

Bermula pagi sabtu sehingga harini, Adam tidak bf dgn mama. Die request nak milk
mama tp mama explain keadaan yg sebenarnya. Dia paham & mintak milk botol.Alhamdullilah. Dan hati aku yg nak menceraikan susu badan pada Adam adalah neutral. Takde rasa berat hati atau kesian walaupun muke Adam sangat layu mcm takdapat "candu". Tabah sangat Adam, die tak jemu berusaha pujuk mama supaya bg milk mama.Tak dpt selak baju, die baring atas dada sebelum tido. Mungkin aku ade rasa kesian tp aku tau Adam tabah. Die kerap tanya bila aku menyusu Adra. Aku keep explain kat die yg Adam dah tak boleh milk mama. Adam dah besar, panjang pon dah 90cm, pandai makan sendiri + die request nak pegi sekolah.So no milk mama. Adam diam & kiss mama. Dia ckp Adam syg mama ni.

Dear Adam,
Kalau mama dah stopkan bf kat Adam adalah mustahil mama tak syg Adam. Adam dah jd nyawa mama. Mama jaga smpai mama mati. Insyallah - Mama

Dan pagi ini 23 Oct 2011, Isnin - Adam mula faham dan bgn mintak milk bottle die.Alhamdullilah, Adam tak kecik hati dgn mama.Walaupun die byk buat perangai dgn wawi & BS.

Aku malas nak tipu anak dgn letak asam jawa ke segala mcm2 kat breast, aku amek pendekatan explain kat die. Dan anak 2thn itu mula paham istilah kehidupan.Terima kasih Adam banyakkan susu mama selama menyusu Adra. terima kasih jugak sebab teman Adra milk mama.


Sekian susu ibu utk Muhammad Adam
2thn 2bln 2mggu.

Wasalam
Mama

1 ulasan:

JayFarhana berkata...

kenape aku mcm nak nangis bace entry ko yg nih??????? gaaaaaaaaaaa

oi aku dah pindah blog. findingtwolines.blogspot