Jumaat, 1 Mac 2013
Kisah Parenting Bijak:
Semalam, saya membawa anak bermain di JKids, The Curve sementara suami saya bermesyuarat. JKids menawarkan banyak permainan untuk kanak-kanak yang menarik (blocks, rumah bola, rumah belon dsb). Anak saya seronok sangat bermain di kawasan yang lapang. Namun, puas saya memujuk, dia takut nak masuk rumah bola, rumah belon dan rumah lompat. Jadi saya ikut dia bermain apa yang dia mahu. Berlarilah kami keliling playhouse tu tanpa main di dalam rumah-rumah tu. Dia sungguh seronok tapi sekejap-sekejap dia akan mendekati rumah belon & rumah bola (tapi taknak masuk)
3 jam lepas tu, suami saya datang ke playhouse. Muka anak saya ceria sangat sambil tunjuk ke arah rumah bola. Saya pun terangkan pada suami aktiviti dia sepanjang 3 jam dan beritahu yang dia teringin nak masuk rumah bola tapi tak berani. Sejenak lepas tu, suami saya pun bertanya pada anak saya, 'Miea...Miea berani kan? Apa kata Miea masuk dalam rumah bola tu? Daddy tengok.'
Melompat anak saya masuk ke rumah bola dan bermain tanpa henti. Dalam masa sejam, semua permainan yang dia takut nak main sebelum ni, dia cuba dengan beraninya (dah berani, taknak berhentilah pulak, kan?) :)
Semalam, saya pelajari, Ibu tempat anak dapatkan comfort. Ayah, tempat dia dapatkan keberanian. Kedua-duanya menjadikan anak ceria!
Seperti Ibu Rose katakan dalam Parenting Bijak baru-baru ini:
Fathers,
To Your Sons, You Are Their Hero
To Your Daughters, You Are Their 1st Boyfrien
Sumber: FB group Parenting Bijak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan