SEMUA anak dilahirkan fitrah, bersih, baik, cenderung pada kebaikan dan
kenal ALLAH. Tetapi kesilapan ayah, ibu dan persekitaran dalam mendidik
menyebabkan anak ini membesar menjadi Nasrani, Majusi atau Yahudi,"
kata pendakwah terkenal Datuk Ustaz Mohd Zawawi Yusoh.
Beliau berkata sedemikian dalam satu slot ceramahnya yang dipetik dari Youtube bertajuk Punca anak derhaka siri satu dan dua.
Ibn Khaldun pernah menyebut, "manusia itu adalah anak kepada
persekitaran". Oleh itu, dengan merujuk kepada faktor persekitaran,
radio, TV, majalah dan kawan itu saling mempengaruhi.
"(Bayi) asalnya bersih kemudian dikotorkan. Bersih sepatutnya
dibersihkan dengan kebersihan iaitu diteruskan dengan pendidikan
al-Quran, agama, kenal ALLAH, sayang ALLAH, berkaitan dengan pemikiran,
perasaan dan keyakinan. Kerana dengan keyakinan ia membetulkan akal dan
nafsu," katanya.
Antara faktor lain punca anak derhaka adalah pemberian nama panggilan
tidak bagus; tidak diajar mengenali al-Quran; dan mencintai Rasulullah
SAW.
Antara lain punca mengapa anak derhaka adalah kerana rasa cemburu.
"Ibu dan ayah yang memberi rasa anak cemburu. Contohnya, ibu ayah tidak
menyamakan pemberian kepada anak dan tidak berlaku adil, bila layanan
tidak betul kadang-kadang berlaku resapan.
Resapan itu di mana anak akan menyimpan (perasaan) dan akhirnya akan timbul rasa hendak membalas dendam.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Samakanlah pemberian antara
anak-anak seperti kamu sekalian senang apabila mereka adil dalam
berbakti yang sama kepada kamu sekalian (ibu bapa).” (Riwayat Muslim)
Sumber: Sinarharian.BicaraIsnin.20May2013
yang penting sudah saya bold & red kan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan