Jumaat, 10 Oktober 2014

To taiping with love

13 September 2014

Sebenarnya kami dijemput ke kenduri menyambut menantu Mak Ngah. Kami bergerak ke sana petang dan rancangan asalnya ialah melawat ZOO TAIPING. Trafik sangat sesak, mungkin sebab ramai bercuti pada HARI MALAYSIA. sampai rumah Mak Ngah dah azan Isyak. Terus ke Home Stay.

14 September 2014

Kami ke kenduri menyambut menantu. WAHH ade tema : SAVE GAZA. Keliling rumah bendera Palestin & banner BOIKOT ISRAEL.
Jom tengok gambaq ek.









Selepas tengok ayam itik kambing & pusing kampung dengan anak, kami mintak diri ke ZOO TAIPING. Selepas habis Majlis, pengantin membakar bendera Israel.

Tiada ulasan: