44 hari tempoh berpantang seorang wanita yg melahirkan bayi
60 hari cuti yang diberikan oleh sebuah syarikat untuk pekerja wanita yang melahirkan
3 hari tempoh yg diberikan oleh syarikat pada suami / ayah pada bayi
cukup ke semua tempoh yg diberikan??
darah nifas hanya keluar dalam tempoh 7-14 hari saja
aku masih ada darah nifas ni
luka jahitan semasa bersalin,paling awal akan sembuh sekitar 7-14 hari juga
nurse yang dtg visit dirumah bgtau luka jahitan aku sudah kering tp belom sepenuhnya
aku pulang berpantang dirumah sendiri
ini sepakat seawal kehamilan dulu
aku taknak berpantang di rumah mentua atau rumah mak aku
aku nak berpantang di rumah sendiri
aku & wawi setuju..
mak aku setuju & mentua pon setuju..
mak mentua aku dtg pada hari ke 6 selepas adam dilahirkan untuk menjaga kami dalam tempoh berpantang.
esok die pulang..
die tlg masak lauk utk aku - lauk org beranak
die mandikan adam & pakaikan baju adam sebelum aku susukan adam
kekadang die jemurkan baju + lipatkan juga..
kemas dapur lepas die memasak
terima kasih emak!!
hari ke 7 adam lahir,nurse sahkan adam ade juandis
jadi kami terima surat & adam perlu ke hospital dok bwk lampu..
wawi tak agreed send adam to hospital
maka busy laa agenda cari susu kambing fresh
(petua org tua - susu kambing fresh baik untuk juandis)
payah ke berpantang sendiri?
aku hanya dibantu along - memasak (selepas die abes menjual)
kekadang mak dtg - tgk dah bertungku ke belom?
aku dah boleh mandikan adam
aku bukan nak bermanja sepanjang berpantang,kemudian kecik hati sbb takleh buatkan semua tu untuk anak yang aku lahirkan..
smua nak harap org buatkan,aku nak lahirkan jek anak tu??
aku nak tangan aku & wawi yg besarkan adam bukan tgn mak mentua / tgn mak aku sendiri..
aku dah tidak mengeluh jika kene buat semua sendiri..tapi ade juga beberapa keja yg masih memerlukan pertolongan ie berbengkung,angkat air rebusan - semua tu xleh wat sendiri tp kalau terdesak..semua aku usahakan wat sendiri.
jika rasa tak pernah susah atau masih nak mengharap hidup yang senang & indah
berdoa la pada tuhan,amek la balik nikmat hidup kurniaan nya..
mungkin akan rasa pedih jika tuhan tarik semua nikmat tu.
pikirkan lah..
mama adam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan