Isnin, 27 Julai 2009

yang lepas tu lepas??

Bila kamu tahu, pasangan kamu pernah ada hati dengan seseorang dan mereka masih berhubung sampai sekarang.

Apa kamu nak buat?

Bila ditanya, dia kata, tak ada apa-apa perasaan dah. Cuma kawan dan hanya kamu seorang yang dia sayang.

Apa kamu nak percaya?

Untuk mereka-mereka yang sedang mengalami dalam situasi begini, tak perlu lah kamu berhubung lagi dengan orang yang pernah kamu suka dulu. Jagalah satu hati yang ada depan kamu. Walaupun kamu kata tidak ada apa-apa perasan, tapi itu tak dapat mengubah apa-apa kenyataan. Sebab kenyataannya, kamu pernah suka dia dulu.

Walaupun cinta lama, kalau dipupuk dan disemai hari-hari, hidup juga ia. Kan?

Yang terbaik adalah berhenti berhubung sebab macam tak berbaloi langsung satu jiwa makan hati dek sms atau apa-apa yang ada kaitan dengan orang yang pernah kamu suka dulu. Mungkin betul kamu hanya sayang orang yang kamu ada sekarang. Tapi untuk percaya kamu tidak punya apa-apa perasaan pada dia, harap maaf.

Sangat susah.
fikirlah sejenak.

untuk yg memang tiada perasaan,mengapa harus terus berurusan cerita harian?cukup kenangan lama aje.itu pon cukup dijadikan pengalaman & pedoman hidup mendatang.

harap faham,ade hati aku terguris dgn setiap perbuatan korang & mungkin tidak memaafkan.

Tiada ulasan: