Sabtu, 25 Julai 2009

kelahiran yang ditunggu




salam

dah selamat lahirkan seorang hamba ALLAH pada 22 july 2009 di Hospital Ampang, jam 5.28pm dibawah conduct Dr Maskinah. :-D
syukur semua dah selamat & sempurna.

bermula contraction jam 530am sehingga jam 8.00am,kami ke hospital Ampang..sempat singgah di Mc Donald untuk breakfast terakhir milo ais.tiba dihospital,mula check up dgn doctor..bukaan sudah 2-3cm.aku diarahkan masuk ke wad untuk menunggu kelahiran.semua urusan kemasukan ke Wad settle jam 12.15pm.waktu melawat bermula jam 12.30pm,wawi jemput mak,abah & adik a'a ke hospital.contraction mula rasa setiap 20menet sekali. hmmm..mcmni sakit nak beranak rupenya sambil mulut menyebut ayat2 yg diingati.alhamdullilah masih waras untuk ingat semua surah2 pendek & beberapa ayat quran.

jam 2pm, abes waktu melawat - semua pulang..aku masih dok menahan sakit..doctor mula membuat rondaan untuk check up sessi petang.jam 3.40pm aku diarahkan untuk masuk ke bilik rawatan & bukaan sudah 4-5cm,doctor just inform untuk pecahkan air ketuban.2menet selepas air ketuban pecah,bukaan terus ke 7cm & teros ditolak ke labour room.sempat telefon bgtau wawi..

tiba di labour room jam 4.15pm,nurse sedang wat preparation menyambut kelahiran dan aku dok menahan sakit..betui,tuhan je tau mcmne sakit tu & en suami dibenarkan masuk jam 4.5opm selepas semua preparation dibuat.kami menunggu saat tu dgn burak + dgn muka tahan sakit.wawi dok pusing2 seluruh delivery room 8 tu. jam 5pm bukaan sudah 8-9cm,doctor hanya inform perlu tunggu time rasa mcm nak meneran jek,nnt her team conduct delivery.

jam 5.15pm,fuh dah sakit tak tertahan dah..jadi kami mulakan edisi kelahiran adam.sangat sakit,semua tenaga dah dicurahkan,wawi pon tlg tarik nafas jugak..mmg kalu leh nk pinjam nyawa wawi kejap untuk lahirkan adam..

tepat jam 5.28pm,aku tarik nafas lega..mate memandang jam & muka wawi..terdengar doctor tanya, Puan,tgk dapat baby ape ni?ye,die mmg baby boy macam aku dok mimpi selalu. 1minit lepas tu,die diletakkan diatas badan aku dan ilang semua penat & mimpi ngeri sakit bersalin.toleh pada wawi,sambil lap peluh aku,die ckp dah selamat semua & baby diambil untuk diazankan..

menunggu semua proses disettlekan kami masih dalam delivery room,wawi dah kuar.masih terngiag kat telinga jeritan doctor & nurse memberi sokongan.sumpah tuhan,sangat saki walaupun penat menunggu 9 bulan..terima kasih tuhan,terima kasih suami- bagi peluang jadi seorang perempuan yg melahirkan hamba & keturunan.semoga dapat melihat adam membesar dgn penuh kasih sayang.

lahir bayi lelaki seberat 3.15kg, panjang 49cm & lilitan kepala 32cm.die seiras abahnye
;-)

kami discaj dr hospital pada keesokan harinya jam 1.40pm & disambut atuk,nenek dan keluarga yang lain.

Muhammad Adam b Mohd Zawawi - welcome to new world.assalamualaikum anak mama :->



Tiada ulasan: