Jumaat, 12 Julai 2013

Lima

Tahun ke 5,
dan
kami sudah ber 5 sekeluarga.

Fasa 5tahun pertama.

Kata orang tempoh paling mencabar dalam rumahtangga.
Aku kata - Semua tempoh pon mencabar.
Kata orang tempoh mengenal pasangan.
Aku kata - Kenali pasangan bebila masa. People change.
Kata orang selepas 5tahun sudah paham & tak bergaduh.
Aku kata - Paham tp nak bergaduh jugak,nak jadi apa??

5tahun rasanya paling tabah untuk aku,
3zuriat ditanggungjawabkan Allah yang dikatakan kami suami isteri MAMPU.
MAMPU disudut mana, fikir sendiri, didik sendiri.
Sampaikan aku sendiri rasa tak mampu nak mengandung & melahirkan.
Stop placing order ye.
Perut aku yang gelebeh, Tekak aku jenuh berpantang dan Hati aku paling kuat bertabah.
Kemudian, Allah pasakkan nyawa lain untuk aku lebih kuat.
Insyallah.

Sehingga 5tahun,
Aku paksa suami mengalah - hantar anak ke rumah pengasuh, bawak anak ke Klinik, jagalah anak mu, bergembira dengan mereka.
Mereka kecik dikaki mama. Meraung kuat, berjaga malam.

Sebab 5tahun akan datang-kita sendiri tak pasti kesudahanya.
Semoga Allah memberkati & memberi hidayah pada hambanya.
Bukan kena tunggu, manusia kena berusaha.
Rezeki perlu dicari.

Bersama rakan2 sekerja. Selepas 5tahun dengan macam2 yang jadi. Semoga terus tabah.

Selamat angka 5, suami saya
Mohd Zawawi.

Tiada ulasan: