Jumaat, 19 Julai 2013

Hati Gembira

19 July 2013

Lagi 3 hari ke usia 4tahun untuk anak sulung - Muhammad Adam
dan kisah Adam ke sekolah memang sangat isu jugak kat kami.

Awal January 2013

Kami tak plan or register dia ke mana mana sekolah. Tetiba Adam berzikir nak ke Sekolah. Lepas bertanya masih ada kekosongan di Sekolah Tadika bawah kelolaan DBKL. Dekat dengan rumah mak & tempat mama kerja.

Adam diregister di situ.

hari 1 -3, setiap hari nanges sampai tertidur kata cikgu. Aku hantar & balik. Tak jenguk atau bertangga tunggu Adam. Wawi ade la jenguk2 jugak. Kesian anak jantan die nanges meraung. Abahhhhhh, Adam nak balik.

Seterusnya dia OK.Cuma pepagi nak masuk sekolah tu menjadi isu. Dia taknak masuk. Pulak2 kalau Abah dia hantar. Wahh, siap berlari ko sebab taknak masuk school. Cikgu cakap, Kalau mak dia hantar, dia OK sket kan. Oooo..so aku terus amek tugas hantar Adam sejak bulan 2. Ade jugak perangai tak jalan bila sampai depan sekolah. Mesti la mak dia dukong, sampai depan pintu.
Masalahnye bila time balik, dia cakap - Mama, school best. Adam tulis.
Abes tu apesal taknak masuk? - Diam, takde jawapan.

Bayangkan dari January - July, setiap hari ke sekolah - cikgu kena tunggu sambut dia di depan pintu. Kalau setakat kawan2 or masuk sendiri, hmmmm memang dia berdiri je depan pintu-renung cikgu dari jauh. Dia datang lambat, cikgu pon malas nak jemput bagai weh. Mak dia bayar yuran RM15 je kot sebulan. Jangan nak expect layanan RM250/month. Haaa gitu. Dia tetap nak pegang tangan cikgu depan pintu.

Semalam, cikgu berdiri jauh sket dr pintu-pastu panggil Adam.
Adamm, Masuk!
Aku pegang tangan Adam, terus tarik dia ke pintu.
Pastu aku soh die bukak shoes & salam cikgu.
Terus OK, walaupun mcm takut2.

Dari malam tadi, aku pesan.
Adam, mama nak Adam p school mcm tadi. Samapi school, terus masuk & bukak shoes pastu salam cikgu. Adam jerit OK. Give me 5.
Selalupon aku cakap gak, tp die diam.
Belum bersedia mungkin.

harini, cikgu die meja guru.
Adam sampai, cikgu panggil. Mama tarik Adam ke pintu sambil cakap.
Harini last school, esok cuti.
Masuk simpan shoe & salam cikgu.
Dia buat dengan baik.
Aku tunggu sampai die pegi salam cikgu
Cikgu cakap " bagusnye Adam.
Adam terus letak beg & pegi main.

Finally, dia mampu sendiri masuk school.
Before End year 2013, aku nak antar tepi jalan je.
hehehehhehe
tu Misi 2013 mama ye Adam.

XOXO
Mama

Tiada ulasan: