21 June 2013,
Almost 1year datang balik ke Terengganu.
Pasar Payang, 730am. Shopping bahan nak masak.
Last year masa preggy Alya 34weeks :D. Tahun ni Alya datang swimming sendiri.
Plan memang nak tido khemah & memasak bagai juga masuk ke Pulau seawal yang mungkin.
Masuk Pulau jam 10.30am, selepas semua urusan beli belah makanan dan segala mak nenek. Sempat jugak anak main playground kat Jeti Marang tu.
Adam dah berani naik bot. Excited kemain. Adra pon excited. Alya happy. Kali ni Qasdina &
Qaisara pon join. So bertambah jugak gembira sebab ade kawan memain kan.
Diorg terus dioffer mandi laut, sengeh2 semua orang. sempat pusing2 & jalan, hiking bukit tepi pulau. Jenguk Pulau Gemia :D.2jam, naik - mandi & nak tidokan. Mak aii..semua tak tido. Dok main pasir. Makbapak yang ngantuk tak menahan. hehehhehe
Pukul 3pm, Dah sesiap masak nasik & lauk untuk lunch. Pepagi semua dah makan berat. Menu meriah kami : Masak lemak ikan tenggiri, Ayam pedas, Sayur campur, Tenggiri & Ayam goreng dan wajib untuk Adam, Telur Dadar. Lepas makan wajib kiteorg nak terbongkang mentidur. Kawan & gon p snorkling before tu. Panas sangat. Wawi yang teman anak mandi. Aku masak dengan mak. Sedap menjilat jari.
Lepas tidur2 ayam, anak semua tak tidur lansung eh Alya je kot yg tido. Pukul 5, panas dah kurang - turn mama lak mandi. Anak wajib join skali. Sudahnye Wawi jugak yg tunggu diorg, sebab aku snorkling bagai. Gamba underwater, malas nak loading dr camera. Hahahhaha. Ade la 20 keping kot. penat nak patah balik, soh gorgon n kawan heret. Hoiii, mengah weh.
Lepas mandi manda, Wawi pegi candat sotong. Kami lepak tepi pantai la, main pasir. Adam je tidur terbongkang. Penat wehh.
Haaa, nelayan pulang membawa hasil tangkapan. Malam tu abg man masakan sotong tepung & gulai sotong. Layan. Masih kenyang, so kami reratah lauk je. Aku & kawan p nak menkopi tapi takde. Sudahnye kawan makan kew tiaw goreng yg dihabiskan Adam. Memula Adam eksyen weh - No, Thanks. Dah rasa, dia lak habiskan.
Sempat la tengok penyu naik nak bertelur. Paling rare la ni. Lately memang penyu kerap naik ke Pulau untuk bertelur. Mak siap dapat 1 tupperware. Surviner dari Pulau Kapas. Fresh sangat. Adam beria soh mama & auntie Apish diam, nanti turtle lari. Amboi. Lame gile nebeng kat Turtle. Selalu tengok real kat Zoo je, ni dapat tengok yg sedang korek pasir. Memang Adam tunggu la.
Nampaknye semua nyenyak tidur dalam khemah. Mama ye panas tak tentu pasal. Pagi tu selepas breakfast bihun gantian. HAHAHAHHA..dah puasa, tak sempat makan bihun putus. Kami mandi manda lagi. Layankan anak. Bangun pagi terus main pasir wehh. Geram betui.
Semua dah siap, dok menunggu bot datang. Adra main pasir lagi. Aku tak paham nape perlu main baling pasir tu. Dia suke. Kat rumah die takde pasir gebu gini.
Dan pulang naik bot dengan gembira. Suke betui naik bot sampai terlelap semua org. Adra asik cite dia naik bot dengan Auntie Apish & Gorgon. Asik nak bukak hp tengok gamba naik bot je. Bajet berani laa. Adam pon dah suke naik bot. Sikecik Alya lagi la happy..
OK, ade rezeki kita datang lagi. Semua cakap best sebab tido khemah, naik bot & swimming. Buleh layankan. Cuma jejauh ni, sampai KL dah lembik. Penat sangat + esok keje. Nampak no dah tua kan. Kami terus balik KL, Wawi sambung outstation di Kuala Terengganu & Kuantan.
Lepas raya Perhentian ek Kawan. Heheheh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan