Khamis, 12 September 2013

Gejala Gadjet



Sebenarnya memang penat melayan anak-anak yang tak diberi i-pad. SANGAT penat. Bagi i-pad semua diam. Tak kacau kita, tak bising. Senang bukan? Namun melihat anak-anak tidak lagi menggunakan deria dan berinteraksi amat merisaukan.

Tangan-memegang, hidung-mencium, mata-melihat, telinga-mendengar tidak lagi digunakan maka hilanglah banyak pengalaman hidup kerana menghadap skrin i-pad. Buat para ibu, mari berusaha memberikan anak-anak pengalaman sebenar kehidupan.
Biarkan mereka kotor, bising, bercakap, bergaduh, bermain... Berikan mereka kertas kosong dan melukis menggunakan pensil dan kertas. Berikan mereka buku mewarna. Ajar mereka berinteraksi, lihat sikap mereka, betulkan jika mereka tersalah kata dan betulkan sikap mereka yang tidak kena. Kerana pengalaman inilah yang menjadikan mereka "manusia" .....Walahualam.
Sekadar pandangan - Official Page Wardina Safiyyah

Akidah gadjet ni menular jugak kat anak anak aku. Pulaknye abah depa ialah Mat Gadjet. Memula anak kami disogok oleh tab murahan yang penuh dengan kisah kartun kegemaran. Berebut, jatuh dah lebih 30kali, abah depa hadiahkan ipad pulak.Lebih mudah rupanya kat anak2 masukan diri dalam dunia Apple tu. Selepas 3bulan ipad ditangan, perubahan yang jelas ialah buleh mengikut kata & komunikasi visual. Mama panggil memang banyak kali.
Jadi,
Sejak seminggu ini, kami rampas ipad tersebut. Hanya boleh tengok dari jam 9-10pm sahaja. Selebih tu diorg kena menulis. Bermula dari Adam sampai Alya, pegang la pensil /kaler dan sekeping kertas /buku. Siapkan segera kerja yang diberi & boleh sambung guna ipad. Dah paham, kena ipad sering dirampas. Session homework & sembang dgn makbapak pulak. Kami baru mula 4hari, betul - anak lebih fokus dgn suara mak.

Pada yang belum merosakan akidah dengan ipad & gadjet, sila jangan menjenguk untuk membeli walaupun anak nampak bijak & cepat tangkap ilmu di ipad. Guna manual pon pandai weh.

Sekian,
Aini

1 ulasan:

JayFarhana berkata...

aku stuju. aku stuju. mak fahim minah blekberi je. bapak fahim mat nokia. fahim dah mule tunjuk minat bile aku tekan2 blekberi aku tu. takpelah, daripade ipad, aku takde duit nak beli woi! hahaha