Isnin, 30 September 2013

Parenting


Seorg parent mempunyai masalah berikut..harap kwn2 sudi beri pendapat dan cadangan.terima kasih...

"Assalamualaikum,Selalu anak-anak berdendam, bergaduh, bertengkar, tidak hormat-menghormati dan membenci antara satu sama lain kerana sikap ibu atau bapa atau kedua-duanya memilih kasih...
Suami saya tidak adil dlm menegur dan menghukum anak2. Dia akan menegur si abang walau si adik yg mulakan dulu. Kemudian suami akan menghukum kedua2nya pula. Kadang2 suami akan marahkan si abang walau yg pelakunya adalah adik, kemudian menghukum kedua2nya sekali. Maka si abang rasa tidak puashati. Suami rasa dia hanya mahu berlaku adil. Tapi tanpa disedari suami, dgn sikapnya itu, adik semakin tidak menghormati abang dan abang benci pada adik.
Penat saya menasihati dan mengajar anak2 supaya saling hormat menghormati, bantu membantu dan sayang menyayangi. Saya sedaya upaya berlaku adil dan saya bangga dgn anak2 saya sbb mudah dengar kata saya dan mudah berubah kearah kebaikan. Tapi bila suami masuk campur dlm menghukum anak2, nampak berat sebelah maka timbul rasa tidak puashati si abang. Jika saya biarkan, takut abang semakin memberontak dan menjauhkan diri. Tapi jika saya menegur suami selalu, akan memandang rendah pada suami pula dan takut anak2 tidak menghormati suami.
Harap ibubapa cemerlang dapat memberi tips atau kata2 nasihat di ruang FB ni, mengenai hal sedemikian supaya saya dpt mengongsi, menegur dan mengingatkan suami supaya berlaku adil dlm menghukum."
Copy dari FB - Ibubapa Cemerlang.

kebanyakan anak2 akan bergaduh atau tak puashati sesama sendiri. Diorg create sendiri saingan sesama sendiri. Itu ilmu pertama SAINGAN yg anak belajar iaitu dari adik beradik. *aku tak kate, sape yg adik beradik sket tu tak suka bersaing ye. Mereka mungkin kurang saingan dari awal.
Kenapa perlu SAINGAN, sebab hidup kita memang kena rebut peluang yg terbaik, saingan secara sehat la. Saingan secara sehat tu dah jadi tanggungjawab makabah untuk explain.
Kenapa anak bergaduh? kalau parent beli 2 ipad pon, tetiba depa nak rebut jugak kan? tetiba jeles sbb adik bukak games yg abang takde. Tu je..

Pada aku sebenarnye diorg nak main sesama. Takbest weh main sorang2. Bila 2orang ada 2otak. so dari tgk adik main, abang pon mengganggu sbb sukakan games tu jugak.Kenapa tak ajar berkongsi? Sebab bila bergaduh akan bising & bingit kan??
Aku tak marah anak bergaduh, aku tegur.Aku tanya kenapa nak gaduh. Anak aku jenis gaduh - si Adra yg nak kalah, die cecepat gigit tangan Adam. Haaaa, aci gigit orang sebab nak menang. Tinggi sangat daya protection diri dia. HAHAHAHHA.. Bukan sekali, banyak kali sangat kami detect dia buat macam tu. Solutionnya, bila start bergaduh - jarakkan depa. tanya & explain. pastu dah tenang - yg salah tu mmg hulur tangan SALAM & say SOWI. Selalunya macam tu. TP aku bukan mak yg perfect, kadang aku biar depa solve sendiri masalah depa. SO far, gaduh kurang dari 10minit la.

ibubapa yg pilih kasih. Aku takde konsep pilih kasih sebab aku memang niat nak beranak lebih dari 2orang. Aku janji nak adil. AKu marah & rotan sama rata.So takde pilih kasih dalam hidup aku. Kat suami, mmg aku selalu sangat tegur. Dia aci marah dulu baru tanya sape salah. Selalu dia tak kisah je sape start bergaduh, Sudahnye dedua orang kena libas. Tp dia sangat jarang handle kes bergaduh. Depa pon dengar suara dia nak marah, jadi stop bergaduh. Buat ape gaduh kalau dedua KENA kan?? so far kalau aku nampak salah seorang anak macam memberontak, memang aku tegur. Depa kena sayang adik beradik depa. Aku pon selalu gaduh dengan gorgon masa kekecik. Last gaduh pon masa dah skolah form 2 kot. So far dah takde gaduh sampai sekrang.

Aku ade terbaca komen -

A: Mak saya suap anak 10 org guna 1 pinggan dan selawat utk setiap suapan.

B: Mak saya kumpul tali pusat kami adik beradik, simpan dalam 1 bekas.

Makcik & mak aku cakap, sila kongsi bekas makanan atau air. Jadi kurang bergaduh atau tak puas hati sesama anak. Rujuk balik, bila Nabi sanggup minum bekas isteri dia. Jadi tak salah pon adik beradik berkongsi. Jangan sebab taknak berebut, ko beli 2 aiskrim, 2 ipad sebab taknak handle anak bergaduh. SALAH. itu parent yang taknak ajar anak.(bagi aku la)
Ade orang tanya, EH tak rebut ke ipad 1 je, Ada cite yg boleh share, so depa share. Ada yg takleh share, kami cari option lain. Tp dalam 8jam mengadap ipad, 6jam mungkin buleh share kan.

Bila dah lambat baru nak tegur, Itu salah Parent.

Dan taksalah sekali sekala, anak dapat reward terasa dia disayang terlebih oleh parent. Paling penting kena explain.itu la yang paling penat.




Tiada ulasan: